Saturday, October 31, 2009

MENYINTAI tidak bermakna MEMILIKI



Janganlah kau angkuh melaungkan...
Si dia kepunyaanmu...
Atau kau kepunyaan si dia ...
Kerana hakikatnya...

Kita tidak pernah memiliki sesiapa...
Walau sekeping hati seorang insan...

Tidakkah kau sedar...
Hukum alam menyatakan...
Menyintai tidak semestinya memiliki?...
Manusia pandai berpura...
Berlakon di pentas dunia...
Dan bertopeng menutup rahsia..
Tetapi hati...

Tidak pernah berdusta pada empunya...
Tentang perasaan yang bergolak di dalamnya...
Tidakkah kau sedar...
Mungkin si dia melafazkan...
Ungkapan cinta padamu...
Tetapi hati dan perasaannya...
Tidak pernah berniat begitu...
Dia hanya berselindung...
Di sebalik sejuta alasan...
Dan kau...
Begitu jujur dan setia menyintainya..
Sehingga terlupa..
Hukum alam menyatakan..
Menyintai tidak bermakna memiliki..

Sesungguhnya...
"Aku tidak pernah memiliki dirimu..."
"Dan kau jua tidak memiliki diriku."
Mengertilah...

Kita sebenarnya kepunyaan..
Yang Maha Esa...
Tiada sesiapa berhak memiliki diri kita...
Kecuali Dia...
Dia mengasihi hambaNya...
Dia memiliki hambaNya...
Dan ke pangkuan Dia kita akan dikembali......






Friday, October 30, 2009

biar RINDU jgn JEMu

"Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.


Assolatuwassalam, selawat dan Assalamu'alaikum buat junjungan mulia, Muhammad saw Kekasih Istimewa.

Assalamu'alaikum Sejahtera buat calon suamiku, moga Allah sentiasa merahmati dan memberkati dirimu walau dimana kau berada, namun doaku tidak pernah putus mengiringi setiap langkahmu demi meraih keredhaanNya�

�Seindah perhiasan dunia adalah wanita yang sholehah,�

Kumulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah saw kepada seisi alam. Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini..Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, insyaAllah.

Calon zaujku,

�Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..�

Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buatmu memilih calon isteri. Tiap baris itu telah menjadi hafalanku sejak aku mengenali dunia baligh ini.

Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah diriku tidak punya apa-apa harta di dunia ini melainkan ilmu agama yang telah dititipkan buatku oleh ma dan abahku. Tiada harta untuk kupersembahkan dalam taklik ijab kita nanti. Tiada harta sebagai jaminan bahawa kau akan menikmati sedikit kesenangan apabila ijab bersaksi telah dilafazkan. Hanya ketenangan yang mampu aku sediakan buatmu kerana aku pernah terbaca kata-kata ...

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.� (lah-Rum: 21)

Jika keturunan yang mulia itu yang kau dambakan, ketahuilah jua aku hanyalah insan biasadi dunia ini.Ma dan abah telah menitipkan aku di bawah pengawasan Allah sebagai penjaga mutlak diriku. Namun apa yang pasti. Aku adalah keturunan mulia, ayahanda Nabi Adam as dan bonda Hawa as, sama seperti mu. Ingin aku berkongsi lafaz sahih ini denganmu ...

�... maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. Jika Allah menolong kamu maka, tiada seseorangpun yang boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian) ? dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri...� (Ali Imran : 159-160)




Kecantikan, itulah pandangan pertama setiap insan. Malah aku meyakini bahawa kau juga tidak terlepas seperti insan yang lain. Ketahuilah, jika kecantikan itu yang kau inginkan daripada diriku, kau telah tersalah langkah. Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk kupertontonkan padamu. Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini dengan amalan ketaatan kepada tuntutan agama yang kucintai. Kau hanya membuang masa jika kau menginginkan kecantikan lahiriah semata-mata.

aku tidak menjanjikan aku mampu membahagiakan rumahtangga kita nanti, kerana aku memerlukan engkau untuk bersama-samaku menegakkan dakwah islamiyyah ini, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah ke arah jihad hambaNya kepada Penciptanya yang agung. Melalui pencarian ilmu agama bersama, marilah kita jadikan pernikahan ini sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam. Aku masih kekuranin ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang telah dibekalkan ini. Aku ingin menjadi isteri yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan suamiku untuk memudahkan aku membentuk usrah muslim antara aku, kau dan anak-anak kita untuk dibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa. Aku bercita-cita bergelar pendamping solehah, seperti mana yang dijanjikan Rasul,

" Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semuga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya." (Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)

Renungilah FirmanNya ini, lalu kau akan tahu hakikat diriku dan dirimu dipertemukan oleh Allah atas namanya pertemuan dan jodoh.

�Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.� (An Nisaa� : 1)

Calon Suamiku yang dirahmati,

" Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian
dari harta mereka".(An-Nissa':34)

Membenarkan seperti apa yang telah Dia katakan dalam QalamNya yang mulia. Aku meyakini bahawa engkau adalah pemimpin untukku dan anak-anak pewaris kejihadan Islam yang bakal lahir. Jadikanlah pernikahan ini sebagai asas pembangunan iman dan bukannya untuk memuaskan bisikan syaitan yang menjadikan ikatan pernikahan sebagai tunjang nafsu semata-mata. Moga diriku dan dirimu sentiasa didampingi kerahmatan dan keredhaanNya. Lakukanlah tanggungjawabmu itu dengan syura kesabaran, qanaah ketabahan moga kita akan menjadi salah satu daripada jemaah saf menuju ke syurga insyaAllah.

Ingin aku berbicara mengenai pemberianmu kepadaku. Kau terlalu membimbangkan akan kehendak bersifat duniawi semata-mata. Benar?!  Ketahuilah. Aku tidak menginginkan hantaran bersusun, mas khawin yang hanya akan menyebabkan hatiku buta dalam menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar agama. Cukuplah seandainya, maharku sebuah Qalam Mulia, Al-Quran, kerana aku meyakini Qalam itu mampu memimpin rumahtangga kita dalam meraih keredhaanNya bukan kekayaan dunia yang bersifat sementara. Bantulah aku dalam menjayakan agama Allah ini melalui pernikahan, kerana ia adalah laluan untuk aku menyempurnakan separuh daripada agamaku, insyaAllah. Akhlakmu yang terdidik indah oleh ibu bapa dan orang sekelilingmu, itulah yang aku harapkan daripada kekayaan duniawi yang kau sediakan. Kutitipkan sebahagian daripada pembacaanku dalam Jalan Dakwah Mustaffa Masyhur, tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan kerana semuanya berada di dalam udara Qana'ah (berpuas hati dengan apa yang ada), redha dan yakin bahawa dunia ini bukanlah negara Janatunna'im. Lihatlah rumahtangga Rasulullah s.a.w kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah s.a.w tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada tolok bandingnya hingga ke hari ini.

Terlalu panjang rasanya aku mencoretkan warkah ini. Cukup dahulu buat tika ini, andai diizinkan aku akan kembali menitipkankan lagi kiriman bertintakan hati ini. Akhir bicara, maaf andai tiada pertemuan yang kususuli kerana padaku biarlah merindu daripada jemu tatkala kita disatukan.
Wassalam....




.::. Ya Allah, gembirakan kami dengan redhaMu ....

" pertemuan...
menghadiahkan kita kasih sayang...
jika cinta satu pasti bertemu...
ia tidak ternilai...
kerana antara hati kita
telah tiada antaranya lagi
yang ada hanyalah cinta kasih Ilahi...
kita berpisah hanya sementara
kerna pertemuan bukan milik kita...
jasad dan suara berjauhan sentiasa
namun cinta abadi...
biar berpisah selalu menderita
kerana syurga menagih ujian
sedang neraka dipagari oleh nikmat
bertemu tidak jemu...berpisah tak gelisah..."

tOLong InGatKan aKu...




Tolong ingatkan aku,
Andai aku terlupakan tuhan,
Dalam kelapangan dan kesibukan,
Dalam kesenangan dan kesusahan.

Tolong ingatkan aku,
Jangan jadi anak derhaka,
Mak ayah dilupakan jangan,
Usah diluka hati dan perasaan.

Tolong ingatkan aku,
Supaya ingat pesan guru,
Bukan sekadar peringatan,
Tapi tarbiyah berpanjangan.

Tolong ingatkan aku,
Dengarlah dan bacalah al-Quran,
Tika radio penuh nyanyian,
Tika televisyen penuh hiburan.

Tolong ingatkan aku
dimana Islamnya zahirku,
jika aurat didedahkan,
disingkat diketat dan dijarangkan.

Tolong ingatkan aku,
Jadilah sahabat yang baik,
Sentiasa memberi peringatan,
Sentiasa menerima teguran.

Tolong ingatkan aku,
Kalau bercinta biarlah kerana-Nya,
Dalam memilih utamakan iman,
Kelak ikatan dihindari syaitan.

Tolong ingatkan aku,
Hidup ini satu kembara,
Kutiplah mutiara dalam perjalanan,
Moga disana menjadi bekalan.

Tolong ingatkan aku,
Diri ini milik Yang Kuasa,
Kepada-Nya jiwa diserahkan,
Segalanya Dia-lah tumpuan..


untuk BAkal imaMku...




Untukmu Bakal 'Imam'ku yang tiada siapa mengenali termasuklah diri ini, dirimu masih rahsia Penciptamu..rahsia yang telah ditentukan untukku, yang perlu ku singkap dengan segunung taubat dan sepenuh kesungguhan sujudku, cuma jambatan istikharah jua yang bisa merungkai rahsiaku ini....

Ketahuilah wahai mujahidku, Ketahuilah bahawa namamu tidak menjadi idamanku, apa lagi untuk menatap wajahmu, Menggeletar diri ini apabila terfikirkan azab Allah, justeru diri ini amat bersyukur kerana masih tidak ditakdirkan sebarang pertemuan sedar antara kita, ku bimbang andai terjadi pertemuan itu sebelum lafaz akad darimu, sungguh kita menempah siksaan Allah. Ya Tuhan kami.. lindungi kami...

Biar bertahun lama yang ku tunggu bukan dirimu tetapi yang ku tunggu adalah lafaz akad yang akan membimbing diri ini ke Jannah Allah.Apalah ertinya perasaan kasih yang bersemi untukmu suamiku andai maharnya bukan kemampuanmu untuk mendidikku menjadi mujahidah yang mencintai DIA lebih dari segala...

Tiada yang lebih bahagia suamiku, melainkan didikanmu yang akan membuatkan diri ini mencintai perjuangan menegakkan Deen ini, berikan ku sepenuh kekuatanmu dalam mendidik iman ku agar syahidmu ku damba, berikanku segala kasihmu jua agar sujudku kan tegar padaNya dalam memohon dikurniakan pada kita mujahid-mujahidah yang akan menyambung perjuangan Islam para Nabi terdahulu.

Berikanku sepenuhnya sebahagian hati yang kau sediakan untuk diriku agar sebahagian hati mu itu akan menjadi inspirasi padaku untuk menghantar satu per satu mujahid kita ke medan jihad, Mungkin kau hairan suamiku, mengapa diri ini hanya mahukan sebahagian hatimu dan bukan sepenuhnya. Suamiku, hatimu itu milik robbul jaleel, dan ku pohon sebahagian itu sebagai semangatku wahai suamiku. Dari awal lagi sudah ku didik hati ini, bahawa dirimu suami ku bukan milikku dan juga mujahid-mujahidku itu bukan milikku.. kalian milik Allah, dan diriku hanya medan yang diciptakanNya untuk menyambung generasi jihad dari rahim ini.

Wahai suamiku, diri ini sekarang, hanyalah dalam mujahadah mentarbiyyah jiwa agar diriku bisa menjadi sayapmu mengenggam syahid. Tersangatlah bimbang diri ini andai ku gagal mendidik hati, kerana yang kuimpi seorang pejuang untuk menyambung jihad yang terbentang dengan melahirkan para mujahid...

Wahai suamiku, walau dimana jua dirimu dan siapa jua dirimu yang psti bersama kita mendidik hati mencintai SYAHID demi redhanya, sebagai hamba yang menikmati kurniaan yang tidak terkira dari rafiul a'la, bersamalah kita bersyukur, bersyukur dengan mencintai DIA lebih dari segala isi dunia dan dunia ini...kerana hilang erti pada sebuah kehidupan andai cinta dari Allah tidak kita balas, andai cinta sementara bisa mmelukakan hati sepatutnya hati-hati kita robek sudah kerana gagal membalas segunung cinta dari DIA Maha Esa...




Semoga semuanya terjawab dalam sujud yang kita labuhkan demi redhaNya...biarlah seribu malam berlalu tapi pastikan ianya berlalu dengan alunan sendu dalam sujud kita diatas lembaran tahajjud dn istikharah...InsyaAllah inilah pencarian kita...

JiWaku mEmaNggilku...

Jiwaku berkata padaku dan menasehatiku agar mencintai semua orang yang
membenciku, dan berteman dengan mereka yang memfitnahku.

Jiwaku berkata padaku dan mengungkapkan kepadaku bahwa cinta itu tidak hanya
menghargai orang yang mencintai, tetapi juga orang yang dicintai.

Sejak itu bagiku cinta ibarat jaring laba-laba diantara dua bunga, dekat
satu sama lain; menjadi lingkaran cahaya tanpa awal dan tanpa akhir,
melingkari apa yang telah lahir dan memupuk selamanya untuk merengkuh yang
akan hadir.

Jiwaku menasihatiku dan mengajariku agar melihat kecantikan yang ada dibalik
bentuk dan warna.

Jiwaku memintaku untuk menatap semua yang buruk dengan tabah sampai
nampaklah keelokannya.

Jiwaku menasehatiku dan menegurku agar menghargai waktu dengan mengatakan "
ada hari kemarin dan ada hari esok".

Demi masa sesungguhnya manusia dalam keadaan merugi
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal saleh.
Dan saling nasehat menasehati dalam kebenaran
Dan nasehat menasehati dalam kesabaran.

Jiwaku menasehatiku dan memintaku
Agar tidak merasa mulia karena pujian
Dan agar tidak disusahkan oleh ketakutan karena cacian.
Sampai hari ini aku ragu akan harga pekerjaanku;
Tapi sekarang aku belajar:

Jiwaku menasehatiku dan meyakinkanku
Bahwa aku tak lebih tinggi ketimbang cebol ataupun tak lebih rendah dari
Raksasa.
Sebelumnya aku melihat manusia ada dua:

Satu: Seorang yang lemah yang kucaci dan kukasihani
Dua: Seorang yang kuta yang kuikuti, maupun yang kulawan dengan
pemberontakan.

Tapi sekarang aku tahu bahwa aku bahkan dibentuk oleh tanah yang sama dari
mana semua manusia diciptakan.




Jiwaku menasehatiku dan mengingatkanku:

Bahwa aku adalah debu dimata Allah
Bahwa aku adalah lemah dimataNYA
Bahwa akumiskin dibanding kerajaan NYA
Tiada aku boleh merasa besar kecuali oleh NYA
Kesombongan itu hanya milikNYA
Dan semua yang berlangsung adalah iradatNYA
Tapi pernahkan kita pernah sungguh-sungguh memikirkannya?

Fitnah yang terjadi mana-mana
bagai ular-ular tukang sihir Fir'aun
menyebar di kota dan didesa-desa?
Tercerai kita olehnya
Tanpa kita sadar, Tanpa kita kuasa
Terbius kita oleh retorika tanpa makna
mengkotak kita dalam kebodohan yang terencana

Jiwaku menasehatiku, Saudaraku, dan menerangiku.
Dan seringkali jiwamu menasehati dan menerangimu.
Karena engkau sama seperti diriku, dan tiada beda diantara kita
Kujaga apa yang kukatakan dalam diriku ini dalam kata-kata yang kudengar
dalam heningku.

Dan engkau sahabatku jagalah apa yang ada dalam dirimu, dan engkau adalah
penjaga yang sama baiknya seperti banyak kukatakan ini.

Wahai sahabatku semoga sisa hidupmu menjadi hidup yang penuh arti dan
bermanfaat? dan pintu hatimu terbuka untuk menerima kenyataan.

Thursday, October 22, 2009

heLLo saYang...

ak ada apa yang bernilai melainkan apa yang kita nilaikan bagi sesuatu....
walau hanya sekadar sehelai daun kering...
atau juga sepohon tunggul mati...
tetap ada nilainya pada yang menghargainya...

dalam meniti kehidupan seharian...
adakalanya kita tak sedar...
setiap sesuatu yang wujud disekeliling kita ni...
ada nilainya....
sekalipun selonggok sampah...
apalagi setimbung berlian...


cuma....
kita sebagai manusia...
selalu inginkan yang baik-baik je...
tanpa kita sedar...
sebenarnya banyak perkara yang kita abaikan
demi mendapatkan sasuatu yang kita impikan
juga kerana sesuatu yang terpaksa kita lakukan...


rugi kan.....
lepaskan banyak benda yang tak ternilai
kerana sesuatu yang kita anggapkan bernilai...


sebenarnya...
kita bukanlah tahu untuk menilai
apalagi untuk menjadi seorang penilai yang baik
kerana nilai terhadap sesuatu tidak hanya boleh dinilaikan melalui nilai...
tetapi sejauh mana kita menghargainya...


dalam mengejar impian dan cita-cita...
banyak perkara yang kita korbankan...


tetapi sedarkah kita...
sepanjang perjalanan kita menuju impian yang kita impikan
banyak perkara yang kita tak ambil peduli...


sama juga dengan apa yang kita lalui
ketika sedang dalam perjalanan ke tempat yang kita tuju...
tak ramai yang sedar...
apatah lagi untuk menghargai...
setiap permandangan yang kita tinggalkan...
menjeling hanya sepintas lalu...
kerana waktu yang memburu...
kerana desakan harapan yang mengejar...
kita tinggalkan banyak perkara yang tak ternilai...


tahu tak kenapa???

sebenarnya...
setiap apa yang kita lalui...
walau hanya sedetik....
perkara yang paling penting dalam sebuah kenangan...
dan perjalanan...
adalah apa yang ada di sekeliling kita...
keindahan yang terbentang...
sekalipun di tepi bakul sampah....
kita tetap akan ingat...
untuk menjalin sebuah kenangan...
setiap perkara ada nilainya...

moralnya.....:
usah hanya memandang pada sesuatu yang bernilai...
kerana banyak perkara yang tak ternilai yang kita tak hargai....


hidup mesti menuju ke hadapan...
bukan senang untuk berada di puncaknya...
tangis...tawa...sakit...perit...yang kita lalui...
adalah pengalaman yang tak ternilai...
namun...
bila telah berada dipuncaknya....
sesekali tolehlah ke belakang...
jangan lupakan jalan yang telah kita lalui...
kelak sesat di persimpangan yang mengaburi pandangan...



SEMALAM MENGAJARKU UNTUK MENGHADAPI HARI INI...
tapi ingat!!!!


TAKKAN SEPI DUNIA PABILA LAUT ITU PASANG...

by:amy

ALANGKAH …


Alangkah teguhnya

Tugu cinta yang dibina

Andai alunan zikir di bibir

Disirami butiran air mata

Menangisi sebuah penghijrahan

Bersama jejalur keinsafan

Betapa ampuhnya selimut pertahan kita

Andai nyanyian sepertiga malam

Kita yang mendengdangkan

Bersama untaian pengharapan

Menggamit mardhotillah

Menagih nusrah

Indahnya saat itu

Tatkala mengatur rukun munajat

Bersama ketulusan bebunga pengorbanan

Demi menjulang dustur keadilan

Agar tidak ternoktah

Hayat perjuangan

Didereti kepayahan dilakari kemenangan

Andai kesumat kita tinggalkan